Selasa, 28 Julai 2009

Menjual baja organik

Untuk mengukuhkan abc agro enterprise, terdapat perkhidmatan sampingan yang disediakan iaitu menjual baja organik/hitam yang mempunyai banyak kegunaan terutama dari segi pertanian. Baja hitam yang dijual berguna untuk tanaman sayur.
Harga: 1guni=RM3
4guni=RM10

Bagi yang berminat, sila hubungi :-
En.Choh B. Mat (019-7657879)
Mr. Sahar (019-2813528)

Dodol Handmade

Organisasi abc agro ent juga ada menyediakan perkhidmatan menjual dodol kepada semua pelanggan..
harga : 1/2 kilo=RM8.
Tempahan boleh dibuat dalam sebarang kuantiti..Diskaun akan diberikan kepada tempahan yang banyak.Tempahan boleh dibuat terutamanya di bulan puasa dan sewaktu dengannya..

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi:-
Che Putih bt Ismail
No tel : 09-4371408
No hp : 019-7657879

Selasa, 21 Julai 2009

Semoga berjaya..


Diharapkan ikan-ikan ku akan membesar macam ni...

Ikan keli (catfish)

Sekarang ni ikan keli mula diternak di dalam kolam buatan dan dikomersial. Ikan keli menjadi hidangan yang diminati ramai kerana rasanya yang enak dan berkhasiat ikan keli terdiri dari pelbagai jenis spesies iaitu keli bunga, keli kayu, keli esotik dan keli memah.

Ternakan
Ikan keli boleh diternak dalam kolam besar, kanvas atau sekadar dalam kolah. Mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Ikan keli yang diternak di kawasan sawah padi dapat membantu mengawal makluk perosak dengan memakan ulat2, larva cacing dan serangga.

Untuk menjadikan ternakan keli ini sebagai komersial, pengusaha perlu sekurang2nya menternak 100 ribu ekor bagi satu spesies ikan keli. Kolam ternakan boleh di disediakan dalam bentuk kolam tanah, kolam simen dan juga kolam kanvas. Ikan keli di beri makan seperti pellet, daging atau lemak ayam, ikan baja atau roti. Ikan lebih gemar makanan berbentuk pepejal.

Hasil
Hasil ikan keli oleh dikutip selepas 60-90 hari selepas di lepaskan dalam kolam. Purata berat sekitar 200gram sekilo dan dijual sekitar RM3 sekilo. Pada masa ini disebabkan permintaan semakin meningkat harga boleh mencecah antara RM4.50-RM5 sekilo di pasaran terbuka.

Peluang
Industri ternakan ikan keli ini adalah adalah satu industri yang menguntungkan pada masa ini. Memandangkan permintaan tinggi, pulangan yang cepat dalam 3 bulan, tidak memerlukan ruang yang besar dan kos penyelengaaraan yang rendah dan lebih jimat jika diproses sendiri, menjadikan industri lebih menguntungkan jika diusahakan. Selain untuk masakan ikan keli boleh juga dip roses dagingnya seperti surimi,ikan salai dan sardin.

Penternakan ikan keli

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Ikan keli matang dalam masa tiga bulan dan ia boleh dijadikan pelbagai produk seperti ikan sardin dan minyak Omega 3 yang terdapat dalam badan ikan keli boleh dijadikan ubat untuk melawan penyakit. Kejayaan menternak ikan keli secara komersial juga telah dibuktikan secara komersial oleh usahawan bumiputera tempatan.
Keghairahan kepada ternakan ikan keli di kalangan masyarakat semakin melonjak ketika ini dengan adanya teknologi baru yang diperkenalkan.
Tangki kitar semula kini antara yang popular selain penggunaan kanvas bagi menyaingi kaedah sedia ada iaitu ternakan dalam tangki konkrit atau kolam tanah.

Isnin, 20 Julai 2009

ABC Agro di Selancar 1(f), Segamat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

ABC Agro Enterprise merupakan syarikat pemilikan tunggal oleh keluarga Choh B. Mat sebagai Pengarah Urusan dibantu oleh anak sulung lelaki Shaharudin B. Choh. ABC Agro adalah sebuah syarikat yang menjurus kepada penternakan ikan keli. Ia ditubuhkan sekitar April 2009 dengan hasil kerjasama ahli keluarga Choh B. Mat. Lokasi ABC Agro terletak di Selancar 1, Segamat Johor.

Perkhidmatan :

§ menjual anak benih keli,keli matang & keli induk.

§ menjual kanvas,polytank biru bulat,hitam.

§ menjual pallet ikan pre-starter,starter,grower, finishing.

§ Perunding ternakan dan insfrastruktur.